BAE Systems

Koordinat: 51°16′25″N 0°46′00″W / 51.27361°N 0.76667°W / 51.27361; -0.76667BAE Systems plc (BAE) merupakan sebuah syarikat pertahanan dan aeroangkasa Britain ynag beribu pejabat di Farnborough, Hampshire, England. Ia memiliki kepentingan global, terutamanya di Amerika Utara melalui anak syarikatbya iaitu BAE Systems Inc. BAE merupakan kontraktor pertahanan ketiga terbesar di dunia dan terbesar di Eropah.[1] BAE Systems telah ditubuhkan pada 30 November 1999 dengan £ 7.7 bilion berikutan penggabungan dua syarikat Britain, iaitu Marconi Electronic Systems (MES), sebuah syarikat pertahanan elektronik dan anak syarikat pembinaan kapal bagi General Electric Company plc (GEC), dengan pengeluar pesawat, peluru dan sistem-sistem tentera laut British Aerospace (BAe).BAE Systems adalah waris kepada pelbagai pesawat udara dan syarikat pertahanan udara, termasuklah The Marconi Company, syarikat komersial pertama yang menumpu kepada pembangunan dan penggunaan radio; A.V. Roe and Company, salah satu daripada syarikat pesawat udara pertama di dunia; de Havilland, pengilang pesawat penumpang jet komersial pertama di dunia; British Aircraft Corporation, pengilang bersama Concorde pengangkutan supersonik; dan Supermarine, pengilang Spitfire. Semenjak penubuhannya, ia telah menjual saham di Airbus, Astrium, AMS dan Atlas Elektronik, dan membuat sebilangan permintaan pemilikan, yang paling utama adalah United Defense dan Armor Holdings dari AmerikA Syarikat.

BAE Systems

Industri Aeroangkasa dan pertahanan
Tempat dibekalkan Seluruh dunia
Pendapatan operasi £1,718 juta (2008)
Keuntungan £1,768 juta (2008)
Bilangan pekerja 105,000 (2009)
Anak syarikat BAE Systems Inc.
Perancang utama Richard Olver
(Pengerusi)
Ian King
(CEO)
Ibu pejabat Farnborough, England, UK
Laman sesawang www.baesystems.com
Keluaran Aeroangkasa awam dan ketenteraan
Pertahanan elektronik
Kapal-kapal laut
peluru
Sistem pertempuran darat
Ditubuhkan 30 November 1999
Hasil £18,543 juta (2008)
Pembahagian Lihat di bawah
Jenis Berhad (LSE: BA.)
Perkhidmatan Penyelenggaraan, khidmat nasihat, latihan dsb.